Monday, March 14, 2011

Burung Cenderawasih

As salam..hari ni aku nk share pasal burung cenderawasih..x tau nape aku suka sgt burung ni..aku dpt info ni dri Wikipedia, ensiklopedia bebas..harap korg enjoy membaca info yg aku copy ni ek..


Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan Australasia timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.

Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar, Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.

Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo.

KEPERCAYAAN TAHYUL


Merurut kepercayaan tahyul, burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput.

Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya.

Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.

7 comments:

  1. Gud Info Sis...dulu masa kecik2 selalu dgr cerita Tahyul tu...burung dari kayangan nenek ckp...kita pon habis pi cerita kat kawan2...depa duk melopong dgr cerita kita

    ReplyDelete
  2. heheh..untung awk de nenek yg blh cite..akak berminat dgn cite burung cenderawasih ni masa terdengar lagu die kt tempat keje lma..time 2 ler beria2 cri info..tpi lgu akak x tau nma penyanyi nye..pape pn, info utk sume..enjoy.. :)

    ReplyDelete
  3. kalau nak tgk burung cenderawasih yg masih hidop....ade kat Garden di Changloon...nama lupa dah tapi ade la depan tuh Garden ape ntah....5 ekor ada....sangkat dia langsung tak berbau....n....mmg betul....ia mati bila di tanah...tinggal 4 sekarang....cuba lah g tgk lau minat....:)

    ReplyDelete
  4. masa skolah menengah aku wat research benda ni dan menang buku scrap minggu bahasa melayu beb!!dapat sratus ngan hamper milo..mengikut researh aku mat saleh 200-300 thn dulu memang gila kt bulu burung ni buat hiasan topi.sekor burung sama ngan segengam cengkih kt eropah(berat cengkih=berat emas..3grm cengkih=3grm emas..masa tu laa).burung ni mcm burung biasa je xde istimewa pn xkisah le atas ke bwh tanah ke(kalau dh mati mmg ke tanah jugak)kalau nk tgk kehebatan tarian mengawan burung kelicap lebah 100x dasyat..tapi kecantikan bulu burung ni memang xleh ditandingi.wassalam.

    ReplyDelete
  5. abgteror: wah..nnti nk tgk le kt sna..memang minat..asik tgk pic je..insya'allah.. :)

    en bani: meh le kite p changloon..tgk sma2 burung ni..mau?? :)

    ReplyDelete
  6. kat zoo negara bersepah...apaa daa..

    ReplyDelete
  7. Arwah nenek aq penah cite pasal burng cenderawasih nih.....arwah ckp bulu burung ni boleh merawat pelbagai penyakit

    ReplyDelete